Saturday, April 27, 2013

tamadun India




Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
    Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka. 


PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN

 Pada tahap awal pembentukannya,tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan,iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Mnakala kerajaan besar dikeyuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.
    Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak. Kedudukan seseorang ini kemudian diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini diikuti dengan golongan Kryatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.
    Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India.Hal ini mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Mauryameliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negerinya terletak di Paliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka.Asoka telah menamatkan perang saudara dan menakluk Kalinga selepas Perang Kalinga.Asoka lebih menekan kepada kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.


PENINGKATAN EKONOMI



 Antara pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga,Kalinga, dan Karusa yang menghasilakan senjata,gading gajah, emas, berlian dan mutiara.Hubungan perdagangan dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara. Antara pelabuhan yang penting yang menghubungkan India dengan negara luar termasuklah Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura di bahagian timur, serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian barat.
    Perkembangan pesat sektor ekonomi ini telah merangsang kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai stresthin di setiap bandar. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan, dan gaji pekerja. Undang-undang telah digubal bagi mengawal persatuan dan perlaksanaan undang-undang telah diawasi raja. Mata wang telah digunakan sebagai medium jual beli.Semasa Zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah digunakan. Penggunaan mata wang dalam proses jual beli ini membuktikan bahawa pemerintah dalam tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Gupta telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik. Aktiviti perdagangan sejak Zaman Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutamanya pengeluran tekstil, kain kapas dan sutera.

PERLUASAN KUASA





Perluasan kuasa berlaku semasa pemerintahna Dinasti Maurya dan bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya. Kejayaan ini adalah disebabkan pasukan tenteranya yang besar, iaitu 600 ekor gajah,1000 orang tentera berkuda dan 10000 orang infanti. Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara .
   Anaknya, Bindusara, meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India. Kaedah perluasan kuasa telah berubah apabila Asoka berkuasa. Asoka telah tidak menekankan kekuatan ketenteraan sebagai asas untuk memperluas kuasa dan menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluas pengaruh dan kedudukan Maurya. Hal ini dilakukannya dengan memberikanpenekanan kepada agama Buddha. Pda zaman pemerintahan Asoka, seluruh India telah menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut berlaku akibat daripada kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.




Sumbangan Tamadun India (Indus)

Lokasi Lembah Indus
Artifak yang dijumpai di Lembah Indus.

Perancangan Bandar


    Harappa
    Pelan Mohenjo-Daro
  • Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa -- memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
  • pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematiksangat diperlukan untuk masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar
    •  Pemahaman geometri: hasil daripada pertembungantamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba-- bandar disusun berasaskan bentuk segi empat, diikuti oleh jalan raya yang lurus.

    Sifat Keterbukaan

    • Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting.
      Cap mohor
    •  tamadun Indus telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan sertabertukar pandangan denganpihak lain.
    • hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.
    • dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

    Sains dan Teknologi



    Lakaran mengunakan tanah liat




    • Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor(angka Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.
    • Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig Veda.
    • Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untukmembuat batu bata daripada tanah liat-- batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

     

    Falsafah

    Rig Veda
    • Falsafah India ialah falsafah yangterawal berkembang dan direkodkan di dunia.
    • Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran besar:- kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan kumpulan yang menolak kitab Veda. 
    • Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Mahabharata, Upanishad dan Bhagavad Gitamerupakan antara sumbernya.
    • Falsafah bukan Veda pula bersumberkan ajaran Cavaka, Jainisme dan Buddhisme.

     

    Ekonomi

    • Mata wang telah diperkenalkan sejak zaman Gupta.

     

    Seni Bina

    Great Bath merupakan kolam mandi awam terawal di dunia.


    Patung yang diperbuat daripada tanah liat
    • Masyarakat tamadun ini berupaya membina binaan yang sangat baik dan lengkap-- dapat dilihat melalui binaanGreat Bath.
    • Binaan tamadun India banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha-- binaan kompleks kuil di Gua Ajanta(mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua Ellora (mempunyai 28 buah kuil-gua); Angkor Wat dan Candi Borobudur.
    • Element geometri (bentuk segi empat dan bulat) digunakan dalam pembinaan mereka.
    • Candi Borobudur
      Ukiran pada dinding dalam Gua Ajanta
    • Masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan alat-alat penghiasan-- tiang Asoka yang menjadi monumen.

     

    Bahasa dan Kesusasteraan

    • Bahasa Sanskrit (bukti: penemuan prasasti Talang Tuwo/Kedukan  Bukit) dan Tamil berasal daripada tamadun India dan masih digunakan oleh orang India sehingga hari ini.
    • Bahasa Tamil
    • Epik Mahabharata (menceritakan peperangan antara 2 tentera--baik dan jahat) dan Ramayana (menceritakan inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pengaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita) ialah hasil karya sastera agama Hindu dan Buddha.

    Dokumen dalam bahasa Sanskrit

    Agama

    • Tamadun ini adalah tempat asal agama Hindu dan Buddha. 
    • Mesikipun sejarah kemunculan agama Hindu sukar dipastikan, namun agama ini sering dikatakan telah wujud sejak zaman tamadun Indus lagi. 
    Lukisan Gautama Buddha

    Yoga

    Pelbagai posisi yoga
    • Masyarakat tamadun ini memperkenalkan yoga kepada dunia.
    • Sehingga hari ini, yoga diamalkan untuk kesihatan, kelangsiran badan dan sebagainya.

    Keamanan

    • Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsauntuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

    Graf mini sistem tulisan Indus (piktograf)
    **Sesungguhnya masyarakat tamadun Indus berkeupayaan serta berkebolehan untuk mengekspoloitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingganya menjadi asas perkembangan tamadun mereka.


    Lukisan pada dinding


    tamadun China

    Asal Usul

    Sebagai mana tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah Sungai Indus), dan tamadun Yunani (Eropah), tamadun Cinajuga merupakan salah sebuah tamadun yang tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan- perubahan dalam proses perkembangan yang panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain, tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.






    Kebudayaan Yangshao


    Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM). Bagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik (Zaman Batu Baru), yang paling awal dan mempunyai ciri tersendiri disebut Yangshao berdasarkan namatinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di provinsi Shaanxi. Tapak terawal petempatan Yangshao yang dibangunkan sepenuhnya itu pula mula muncul pada milenium ke-5SM di Banbo, Xi'an di provinsi Shaanxi. Tapak- tapak tradisi kebudayaan Yangshao ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River) dan ini menunjukkan kawasan terletaknya pusat peradaban Cina. Di kawasan ini, selama berkurun-kurun lamanya tanah pasir halus yang dimendapkan oleh angin telah menjadi tanah loes yang subur, lembap serta mudah untuk dikerjakan terutama dalam bidang pertanian. Keadaan bentuk geografi ini telah mendorong dan menggalakkan pembangunan petempatan manusia dan kegiatan pertanian.

    Berdasarkan tinggalan arkeologi, didapati bahawa orang Yangshao menetap di perkampungan kecil dengan kegiatan bertani, memelihara babi, membuat tembikar berlukisan (paintedpottery) dan menanam mayat si mati dalam tanah perkuburan yang khas. Makanan asasi atau ruji orang Yangshao ialah bijirin (milet) dan ia kekal diet asas rakyat biasa di bahagian utara negara China. Satu lagi unsur tradisi dan kesinambungan ialah peranan orang Cina dalam bidang penternakan binatang seperti babi (dan kemudiannya ayam) sebagai diet tambahan. Asas teknologi pertanian yang diubahsuaikan secara turun-temurun ini, juga menyumbang terhadap asas pertumbuhan ekonomi dalam tamadun Cina.

    Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu kira-kira 6 mileniumSM, kebudayaan atau tamadun Yangshao ini telah berkembang serta terbentang di bahagian-bahagian tengah dan ulara negara China, dan kemudiannya diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan.





    Kebudayaan Longshan dan Zaman Gangsa

    Kebudayaan Longshan muncul sejak pertengahan kurun ke-2SM dan Zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2SM atau awal milenium pertamaSM merupakan kebudayaan yang lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao. Tamadun Longshan diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan, di provinsi Shandung. Manakala pusat-pusat penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui, di provinsi Sichuan.

    Berbanding tembikar bertanda tali pintal (cord-marked) dan yang berlukisan, tembikar Longshan (terutamanya tembikar hitam) bergantung kepada gaya dan bentuk sebagai daya penarik estetiknya dan jarang dijumpai lukisan hiasan seperti yang ada pada bekas-bekas Yangshao. Kualiti tembikar Longshan yang lebih tinggi mutunya menunjukkan penggunaan mesin peroda tembikar


    (potter's -wheel) dalam pengeluarannya. Ciri-ciri peradaban pertanian Longshan termasuk penanaman bijirin dengan menggunakan penyodok dan sabit.

    Dalam Zaman Gangsa pula, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti Shang (1766SM-1122SM) dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting di negara ini. Logam gangsa dihubung kait dengan bekas-bekas ritus (ritual vessels) atau untuk upacara keagamaan selain digunakan untuk membuat loceng dan senjata. Penggunaan gangsa tersebar meluas di kalangan kaum bangsawan yang lebih rendah taraf statusnya di sepanjang tempoh dinasti Zhou (kk 1123-221SM). Artifak-artifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat daripada gangsa secara berterusan sepanjang era empayar tersebut. Namun begitu, pembangunan teknologi besi sejak lebih kurang 500SM telah mengehadkan perkembangan kegunaan gangsa untuk tujuan umum.

    Dinasti Shang memperlihatkan dengan ketara mengenai satu fasa pembangunan yang baru iaitu kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun antaranya pembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan pekerjaan dan organisasi masyarakat yang lebih kompleks. Peradaban Shang berpusat di bahagian utara He'nan, yang ditemui dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang yang memberikan maklumat sejarah mengenai dinasti dan tamadun ini. Namun begitu, tarikh tepat peradaban Shang dan dinasti Shang masih tidak dapat ditetapkan. Walaupun tahun 1766SM-1122SM adalah tarikh yang diterima secara tradisi, namun terdapat bukti- bukti yang menyokong pendapat bahawa dinasti Shang bermula kira-kira 1600SM dan berakhir pada tahun 1027SM.

    Selain penemuan inskripsi di atas tulang oracle dan kulit kura-kura (tortoise shells) dan bekas-bekas yang diperbuat dengan gangsa rata yang ditarik oleh kuda, tembok-tembok mengelilingi ibu kota-ibu kota dinasti Shang, hasil penemuan arkeologi ini memperlihatkan perbezaan-perbezaan utama antara peradaban Shang dengan peradaban-peradaban Neolitik sebelumnya.




    Institusi Keluarga Masyarakat Cina
    ·         Tamadun China berorientasikan humanisme, iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta.
    ·         Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan.
    ·         Keabsahan kuasa dan mewibawaan maharaja, menteri, pemimpin, duru dan ketua keluarga berasaskan moral yang tinggi sebagai ideologi.
    ·         Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara Tian dengan Di ( langit dan bumi ).
    ·         Manusia dapat menyertai dan membantu proses perubahan dalam alam semesta.
    ·         Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang institusi sosial tang terulung dalam tamadun China.
    ·         Ibubapa sedaya-upaya berusaha untuk membiayai anak-anak keran pelajaran merupakan satu-satunya saluran mobiliti sosial dalam masyarakat Cina tradisional.
    ·         Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.

        Kesimpulan 
       Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam perkembangan tamadun China, dimulai dengan kepercayaan alam sekitar, roh nenek moyang, fahaman dan bertukar kepada bentuk agama. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan sistem pemerintahan agar taat dan patuh kepada pemerintah.





    tamadun Islam

    Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau AvicennaIbn Rushd atau Averroesdan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa InggerisRenaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
    Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafahperubatanastronomimatematiklogikakhlakkimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti NaplesBolognaUniversiti ParisOxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

    asal usul
    Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w. selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M.





    Perbezaan Antara Tamdun Islam dengan Tamadun Barat
    Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam??

    Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam Melayu


    Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13 lagi? Cubalah bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan orang Melayu terbelakang atau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan seperti Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian.
    Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai "akademik" itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.
    Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun abad ke-13, Kota Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-kumpulan Sufi kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam.
    A H Johns dalam eseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" (Muslim Mystics and Historical Writing) mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan ini:
    "Selepas penawanan pemerintahan Khalifah, tugas memeliharakan penyatuan Masyarakat Islam diserah kepada ahli-ahli sufi, iaitu suatu perkembangan yang tertimbul daripada perhubungan yang rapat di antara kalangan sufi Sheikh serta pengikut-pengikutnya, semangat mubaligh sufi, dan asas popular pergerakan itu. Mazhab sufi semakin menjadi asas yang stabil dan berdisiplin dan sebahagiannya menyebar ke kawasan yang luas." (dipetik oleh A H Johns 1993, 39).
    Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.
    Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain daripada tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialahQadariyyahRifaiyyahSyadiliyyahChistiyyahSyatariyyahAhmadiyyahTijamiyyah dan Alawiyyah (Naguib, 1963, 32).
    Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula dengan 14 jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal, menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini berjumlah 76 jenis tariqat sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).
    Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan untuk bukunya, Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-14 terutama sekali abad ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu — Indonesia yang maha luas itu.
    Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan mentalitas rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan mereka. Semangat toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan masyarakat. (1993, xi)
    Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan. Selain itu ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith serta lain-lain terus dipelajari. Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan di Makkah dan Madinah pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan mengembangkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995, 17)
    Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan cerita-cerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat orang-orang Melayu untuk menentang Portugispada 1511.
    Aceh (1511-1650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat. Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah.
    Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan agama dan kesusasteraanBandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.
    Peminat-peminat persuratan klasik atau para pembaca yang berhasrat untuk mengetahui buku-buku dan corak ilmu dalam bidang-bidang sastera, fekahusuluddintasawuf, kisah nabi-nabi dan sebagainya bolehlah membaca buku Tengku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat menyeluruh tentang tajuk yang dibicarakan di atas. Setelah mengesan sejarah dan perkembangan pemikiran umat Melayu di Nusantara ini, penulis berpendapat senario pemikiran, falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu dahulu berlegar-legar sekitar agama dan kesusasteraan. Alam Melayu dikuasaikan oleh faham ketuhanan, kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di kawasan ini telah menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini. Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya bangsa-bangsa Barat.
    Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi sejarah memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama di sini ialah bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kebolehan umat Melayu di daerah ini.
    Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan pemikiran dan pencetusan gagasan-gagasan saintifik seperti falsafah, matematik, fizik, perubatan, etika, psikologi, politik, astronomi, kimia, optik, dan muzik.
    Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusat-pusat pengajian tinggi yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan ditawan oleh bangsa Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258, maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata intelek dan saintifik, sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang penting dalam Islam dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan usuluddindan syariah serta kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan ke Nusantara.
    Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-perkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hinduisme-Buddhisme kepada Islam bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan.
    Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke daerah ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah menambah parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah!





    Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di seluruh rantau Alam Melayu. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu tamadun bangsa di rantau Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman terhadap Tamadun Islam. Ini kerana kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau Alam Melayu secara keseluruhannya. Pengajaran akidah Islam oleh para mubaligh Islam di seluruh rantau Alam Melayu secara bertahap-tahap telah membina asas Tamadun Melayu. Situasi ini bertambah mantap apabila para mubaligh berjaya menarik minat pemerintah Melayu. Sedikit demi sedikit pemerintah Melayu beralih kepada kepercayaan Islam. Penerimaan ini memberi kesan yang amat besar kepada pembinaan Tamadun Melayu sebagai satu tamadun yang menghubungjalin suku kaum Melayu yang pelbagai. Sebagai contohnya, Merah Silu di Pasai, Sumatera telah menerima akidah Islam. Demikian juga Parameswara di Melaka telah bersedia menerima akidah Islam dari Syed Abdul Aziz untuk dirinya, keluarganya dan kemudiannya masyarakat Melayu secara bertahap-tahap mengikut jejak pemerintahnya.
    Tamadun Melayu terbina dengan nilai falsafah Islam yang tercerna dalam world view masyarakat Melayu. Setiap gerak, tingkah dan usaha orang Melayu disandarkan kepada falsafah Islam. Justeru itu, akar umbi bagi Tamadun Melayu adalah Tamadun Islam. Hal ini menjadi kaitan utama kerana Islam telah berjaya merubah kepercayaan, pemikiran, cita rasa dan tingkah laku masyarakat Melayu di negara dan rantau ini. Menurut Mohd Taib Osman (1988: 2);
    “Budaya orang Melayu; persambungan dan perubahan berlaku setiap kali tibanya pengaruh peradaban-peradaban luar, pertamanya daripada peradaban India, kemudian peradaban Islam dan mulai abad yang lalu, kita di Semenanjung secara menyeluruh, daripada peradaban Barat moden. Pada tiap-tiap titik tibanya pengaruh luar itu, terdapat ciri-ciri yang telah sedia memperlanjutkan budaya di samping munculnya ciri-ciri yang mengasaskan perubahan”.
    Kehadiran Islam di Alam Melayu telah membawa perubahan besar ke atas nilai dan budaya orang Melayu. Peralihan gaya berfikir, corak sosial, dan interaksi muamalat di kalangan orang Melayu dan masyarakat sekitar telah diungguli oleh nilai tradisi Islam, sehingga unsur-unsur Hindu-Buddha hampir terhakis dalam gaya hidup dan corak pemikiran masyarakat Melayu. Meskipun demikian, masyarakat Melayu tidak menolak sepenuhnya amalan dan nilai tradisi Hindu dan mereka tetap mengekalkan unsur-unsur yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Syed Muhammad Naquib menegaskan bahawa agama Islam telah mengubah jiwa dan fizikal masyarakat Melayu Malaysia dan Indonesia. Manakala Mohd Taib Osman pula berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Nusantara telah membawa perubahan sehingga menjadikannya sebahagian daripada dunia Islam (Ismail Hamid, 1991:60). Perubahan-perubahan yang maksudkan oleh kedua-dua tokoh di atas dapat dilihat daripada semua aspek kehidupan seperti bidang bahasa, sastera, intelektual, undang-undang, kepercayaan, politik, adat istiadat dan kesenian.
    Tamadun Melayu tidak mengambil kira sumbangan beberapa kerajaan awal Alam Melayu seperti kerajaan Srivijaya di Palembang, Langkasuka di Kedah dan Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa yang telah dibina lebih awal daripada Tamadun Melayu, walaupun sejarah membuktikan bahasa Melayu telah mula digunakan lebih awal daripada kemunculan Tamadun Melayu. Ini kerana tamadun awal ini tidak mempunyai rantaian dengan tamadun Melayu yang muncul setelah kewujudan pengaruh Islam di rantau Alam Melayu. Ikatan rantaian ini terputus kerana dasar pembinaan masyarakat pada kerajaan awal mempunyai tunjang yang berbeza dengan tamadun Melayu yang muncul kemudian. Tunjang yang dimaksudkan ialah agama Islam.